اهل البيت
هل تريد التفاعل مع هذه المساهمة؟ كل ما عليك هو إنشاء حساب جديد ببضع خطوات أو تسجيل الدخول للمتابعة.

اهل البيت

اسلامي احاديث خطب ادعية
 
الرئيسيةأحدث الصورالتسجيلدخول

 

 الاسلام دين الرحمة

اذهب الى الأسفل 
كاتب الموضوعرسالة
Admin
Admin
Admin


المساهمات : 672
تاريخ التسجيل : 21/04/2016

الاسلام دين الرحمة  Empty
مُساهمةموضوع: الاسلام دين الرحمة    الاسلام دين الرحمة  Emptyالأحد نوفمبر 17, 2019 5:52 am

RAHMAH
الإسلام دين الرحمة - AL ISLAM DEEN AL RAHMAH

Sheikh Dr Ali al Qaradaghi Setiausaha Agong Kesatuan Ulama’ Sedunia

التاريخ: 25 يناير، 2016

Jika seorang Muslim mentadabbur kitab Tuhannya dan sunnah Nabi Muhammad ﷺ tidak akan kita temui agama, atau sistem atau undang-undang atau syariat daripada syariat-syariat yang terdahulu yang prihatin setinggi-tingginya akan rahmat kasih dan simpati belas kasihan seperti agama ini yang agung. Allah s.w.t. memulakan kitabNya yang agung yang merupakan dustur perlembagaan umat Islam dengan ayat yang mulia :- Bismillah ar-rahman ar-rahim - Dengan nama Allah yang maha Pemurah dan Maha Penyayang. Ayat ini mengandungi dua sifat daripada sifat-sifat Allah s.w.t. dan dua nama dari asma’ ul husna nama-nama Allah Ta’ala. Ar-Rahman:- menunjukkan kepada kasih sayang yang menyeluruh lagi luas “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu”, samada manusia atau haiwan serta semua yang wujud di alam ini, diciptakan dengan kasih sayang rahmat, dan Allah kurniakan petunjuk dengan rahmatNya dan makhluk hidup dengan rahmat dan mati dengan rahmat, maka semuanya mendapat rahmat ,dan mereka dikurniakan oleh Allah rezeki dan nikmat-nikmat yang tidak dapat dihitung. Ar-Rahim: rahmat Allah yang khusus untuk hamba-hambaNya yang berhak untuk mendapat rahmat ini di akhirat.

Ayat Basmalah ini berulang pada permulaan setiap surah melainkan surah Bara’ah (Surah at-Taubah) akan tetapi Basmalah diulang di surah an-Naml , justeru bilangan surah al-Quran 114 dan pengulangan Basmalah juga sebanyak 114 kali.

ثم يبدأ هذا الكتاب بسورة الفاتحة والتي تبدأ بــــ {الحمد رب العالمين } والربوبية: هي تنمية الإنسان شيئاً فشيئاً حتى ينال الكائنات الكمال الذي أراده الله له أيضاً هو رحمة بل في قمة الرحمة ثم تتكرر في هذه السورة هاتان الصفتان وهذا الاسمان، الرحمن الرحيم.

Kemudian al-Quran dimulakan dengan surah al-Fatihah yang mana ia juga dimulakan dengan “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin - Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam”, Rububiyyah adalah pembangunan insan (Tanmiyatul Insan) secara gradual sehingga mencapai tahap ciptaan-ciptaan yang sempurna yang dikehendaki Allah padanya juga merupakan rahmat bahkan merupakan setinggi-tinggi rahmat. Kemudian berulang juga pada surah ini dua sifat dan dua nama “ar-Rahman ar-Rahim”

ثم تتكرر هذه الرحمة بمختلف أنواعها وأشكالها وأماكنها ومراتبها في القرآن الكريم أكثر من 300 مرة ولو أضفنا إليها الكلمات التي تدل على نفس الرحمة مثل الرأفة وغيرها لبلغت الآيات الكريمة حول الرحمة في الإسلام أكثر من 1000 آية أي سدس القرآن الكريم .

Kemudian berulang kalimah Rahmah dengan pelbagai jenisnya dan bentuknya dan tempatnya serta sesunannya dalam al-Quran al-Karim lebih daripada 300 kali dan jika kita tambah padanya kalimat-kalimat yang menunjukkan kepada rahmat seperti Ro’fah dan selainnya nescaya akan mencapai ayat-ayat yang mulia berkenaan rahmat dalam Islam lebih daripada 1000 ayat atau 1/6 daripada al-Quran al-Karim.

Dan al-Quran juga berbicara tentang Rasulullah Muhammad ﷺ dan dan risalah yang dibawa penuh rahmat

( وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين)

“dan tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan rahmat sekalian alam”

Dan Rasulullah ﷺ mempraktikkan sifat rahmah ini pada kehidupannya dan pergaulannya yang baik bersama manusia samada muslim atau bukan muslim kecuali mereka yang memerangi dan melampaui batas (Muharibin Mu’tadin). Maka Rasulullah ﷺ merupakan insan yang paling penyayang dengan manusia kecuali jika berlakunya kezaliman dan melampaui batas (al-‘Udwan) . Rasulullah ﷺ bersikap penyayang meskipun Abu Jahal menyakitinya pada waktu siang namun pada waktu malam Rasulullah ﷺ akan berdoa untuknya “Ya Allah, teguhkanlah Islam dengan salah satu dari dua Umar” (antara Umar al Khattab dan Abu Jahal yang namanya juga Umar).

Ketika mana Rasulullah ﷺ disakiti dengan dahsyat oleh penduduk Taif yang kafir serta anak-anak mereka, dan mereka telah melemparkan batu kepada Rasulullah ﷺ sehingga kaki baginda nabi yang penuh berkat luka mengalirkan darah. Baginda Rasul ﷺ berehat berteduh di bawah se pohon pokok lalu baginda berdoa kepada Allah s.w.t dan menyebut “Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli”. Kemudian datanglah Malaikat gunung menawarkan untuk menghancurkan mereka yang telah menyakiti Rasulullah ﷺ tetapi baginda enggan malah berdoa kepada Allah “Moga Allah keluarkan daripada tulang sulbi mereka orang yang menyembah Allah dan tidak mensyirikkanNya”

Kemudian Rasulullah ﷺ mendidik umatnya akan rahmat dan mengikatnya dengan iman. Baginda bersabda “Barangsiapa yang tidak menyayangi dia tidak akan disayangi” dan “kasihilah yang di bumi nescaya yang di langit akan mengasihi kamu semua”.

Dan Rasulullah ﷺ juga pernah bersabda:-

ويقول " لن تؤمنوا حتى تراحموا " . قالوا : يا رسول الله ، كلنا رحيم . قال : " إنه ليس برحمة أحدكم صاحبه ، ولكنها رحمة الناس رحمة العامة

“Kamu tidak akan beriman sehingga kamu mengasihi sesama kamu”. Sahabat-sahabat berkata: “Setiap daripada kami adalah penyayang”. Rasulullah ﷺ bersabda: “Bukanlah rahmat itu kamu mengasihi sahabat kamu akan tetapi kasih kepada semua manusia dengan kasih yang menyeluruh”

ويأتي الأقرع بن حابس إلى الرسول صلى الله عليه وسلم فرآه يُقبِّل الحسن والحسين رضي الله عنهما فقال الأقرع: أَتُقَبِّلون صبيانكم؟ إن لي عشرة من الولد ما قَبَّلتُ أحداً منهم قط، فرد عليه النبي صلى الله عليه وسلم: «أَوَ أملكُ لك أن نزعَ الله من قلبك الرحمة» ومن نزعت الرحمة من قلبه لا يرحمه الله سبحانه وتعالى.

Al-Aqra’ bin Habis datang kepada Rasulullah ﷺ dan melihat baginda mencium cucu baginda al-Hasan dan al-Hussain r.a. Maka al-Aqra’ berkata “Aku mempunyai 10 orang anak lelaki tetapi aku tidak mencium salah seorang daripada mereka”, maka Rasulullah ﷺ menjawab “: «أَوَ أملكُ لك أن نزعَ الله من قلبك الرحمة»” yang membawa makna “Aku tidak mampu untuk menjadikan rahmat di hatimu setelah Allah mencabutnya dari hatimu”. Dan sememangnya apabila dicabutnya rahmat dari hati seseorang Allah tidak lagi merahmatinya.

Selepas al-Quran dan Sirah nabawiyyah yang sarat mengandungi mesej rahmat kita beralih kepada Ummah ini yang dilahirkan oleh Allah.

(كنتم خير أمة أخرجت للناس )

“Kalian merupakan sebaik-baik Ummah dilahirkan untuk manusia”

Akan tetapi ummah ini bukanlah ummah yang lahir tanpa sebarang pemeliharaan dan penjagaan bahkan ia adalah ummah yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dan dididik oleh Rasulullah ﷺ dengan tempoh tarbiyah selama 23 tahun bimbingan Rasulullah ﷺ yang disifatkan oleh Allah s.w.t. sebagai pemilik akhlak yang agung.

( إنك لعلى خلق عظيم)

“Sesungguhnya engkau(wahai Muhammad) berada diatas akhlak yang agung”.

Ummah ini bukanlah dijadikan untuk berkhidmat untuk kelompok mereka sahaja tetapi untuk berkhidmat kepada sekalian manusia. Serta menjadi tauladan dan Qudwah pada nilai kasih sayang dan simpati belas kasihan dengan hati, lisan dan amal perbuatan. Rahmah dalam Islam bukanlah semata-mata perasaan kasih dalam hati akan tetapi ianya adalah rahmah yang memenuhi hati kemudian melimpah ke atas lisan seterusnya kepada anggota badan sekaligus seluruh anggota tubuh bersifat penyayang yang berkhidmat untuk manusia, memberi kebaikan kepada semua.

Rasulullah s.a.w bersabda

( ليس الإيمان بالتمني ولا بالتحلي ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل)

“Bukanlah iman itu mengharap dalam hati, dan bukan hiasan. Akan tetapi iman itu ialah sesuatu yang menetap dalam hati dan dibenarkan dengan amal.”

Dan itulah rahmah yang merupakan sifat amali yang terpancar daripada hati. Dan pada setiap sesuatu ada padanya asal, dan asal kepada rahmat adalah pada hati kemudian diaplikasikan kepada lisan kemudian berbuah pada anggota badan. Allah menghendaki bagi Ummah ini untuk menjadikan ukhuwwah atau persaudaraan sebagai ikatan asas diantara mereka.

Allah berfirman

( إنما المؤمنون إخوة)

“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara”

Maka saudara yang hakiki adalah yang berjuang bersama-samamu dalam Iman. Ukhuwwah ini terbina atas kasih Rasulullah ﷺ kepada kita, kemudian kasih kita kepada diri kita, kemudian Allah mengasihi kita. Oleh yang demikian diturunkan ayat-ayat Quran untuk mendidik ummah yang mana bermula di padang pasir dan pada tabiat keadaan yang keras. Maka tarbiyah adalah perlu dipertingkatkan supaya mereka menjadi insan yang santun lemah lembut, luwes, fleksibel dan penyayang. Dan sememangnya tarbiyah ini mendatangkan hasil.

Abu Zar al-Ghifari r.a. pernah memanggil Bilal bin Rabah r.a. “anak orang hitam” dengan anggapan bahawa panggilan itu adalah sesuatu yang biasa - tidaklah bermaksud untuk menghina, sebab tiada perbezaan di antara hitam dan putih kerana kedua-duanya dari Allah. Akan tetapi Islam melarang kalimah-kalimah begini kerana ianya mengguris perasaan hati orang. Maka ketika mana Abu Zar r.a. sedar akan kesilapannya sedangkan dia didik oleh Rasulullah ﷺ , dia telah meletakkan pipinya di atas tanah sebagai menghukum dirinya dan bersumpah untuk tidak mengangkat pipinya sehingga Bilal memijaknya. Namun Bilal r.a. tidak melakukannya bahkan memaafkannya dan menciumnya serta kembali bersaudara dan bersalaman.

Dewasa ini ummah kita menikmati kebaikan yang banyak. Islam telah menjadi kulit-kulit tanpa intipati dan makna di sisi kebanyakan manusia. Mereka bersolat tetapi tidak mengikatnya dengan tegahan daripada perkara keji, melaksanakan zakat tetapi mencari fatwa-fatwa bagi mengecualikan mereka daripada ibadat zakat dan mereka ingin untuk melakukan helah kepada Allah sedangkan Allah bersabda

( وفي أموالهم حق معلوم)

“dan pada harta-harta mereka hak yang termaklum”

Bagaimana pembangunan-pembangunan yang hebat dikecualikan daripada zakat akan tetapi Arab Badwi miskin yang tinggal di padang pasir diwajibkan pula keatas mereka untuk membayar zakat jika ada 5 unta atau 40 kambing. Ini bukanlah Islam. Segala sesuatu tidak dapat disembunyikan dari Allah s.w.t. Tidak mungkin bagi kita untuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram melalui cara helah dan Allah s.w.t. melaknat orang Yahudi kerana mereka cuba untuk melakukan helah kepada Allah s.w.t.

Saudara-saudaraku yang mulia, aku telah mengkaji kurun kelima dan ketujuh hijrah, iaitu tempoh penjajahan tentera Salib dan aku tidak dapati suatu keadaan teruk yang menimpa ke atas umat berbanding dengan apa yang kita alami sekarang. Hal ini kerana, musuh mereka hanya berada di luar sedangkan musuh kita juga ada yang bersama-sama kita.

Dewasa ini, ayat-ayat Quran dibaca sepertimana dibaca oleh orang yang terdahulu akan tetapi adakah hati-hati kita merasa kasih keatas saudara-saudara kita di perkhemahan pelarian yang terseksa kelaparan dan meninggal dunia kerana kesejukan dan salji yang teruk. Fenomena ini merupakan yang pertama kali berlaku dalam 30 tahun.

Rasulullah ﷺ bersabda:-

(ما من أهل عرصة يموت بينهم امرؤ جائع إلا برئت منهم ذمة الله ورسوله)

“Tiada dari ahli sesuatu tempat yang kematian orang sekelilingnya kerana lapar kecuali mereka akan terlepas dari perlindungan/pertolongan Allah dan RasulNya”

Maka bagaimana dengan perhitungan kita di hadapan Allah s.w.t dan apa jawapan kita pada setiap yang berlaku di Syria, Palestin, dan kepada saudara-saudara kita di Gaza yang mana mereka dalam keadaan yang teruk dan begitu juga al-Quds dan di Iraq. Bandar Rimadi telah dihancurkan, dan beginilah ISIS masuk ke bandar-bandar Sunni dan memusnahkannya satu persatu, dan apa yang akan berlaku di Mosul jika mereka menghancurkannya secara menyeluruh dan kepada penghuninya dengan bilangan penduduknya seramai 4 juta orang.
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
https://duahadith.forumarabia.com
 
الاسلام دين الرحمة
الرجوع الى أعلى الصفحة 
صفحة 1 من اصل 1
 مواضيع مماثلة
-
» الاسلام-----
» الرحمة===-==
» merhamet الرحمة

صلاحيات هذا المنتدى:لاتستطيع الرد على المواضيع في هذا المنتدى
اهل البيت :: الفئة الأولى :: الاندنوسية-
انتقل الى: